Tuesday, January 31, 2017

AKTA RELIEF SPESIFIK 1950
                           Pertama kali diperbuat ………… 1950 (Ordinan No. 29 tahun 1950)
                           Disemak ………………… 1974 (Akta 137 m.b.p. 1 Julai 1974)

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU 
                                        Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1997
                                        Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 2000

UNDANG-UNDANG MALAYSIA 

Akta 137 

AKTA RELIEF SPESIFIK 1950

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

 PERMULAAN

Seksyen 
1. Tajuk ringkas 
2. Tafsiran 
3. Kecualian 
4. Bagaimana relief spesifik diberi 
5. Relief pencegahan 
6. Relief tidak diberi untuk menguatkuasakan undang-undang penal 

BAHAGIAN II 

RELIEF SPESIFIK

 BAB I 

MENDAPAT KEMBALI MILIKAN HARTA 

Milikan Harta Tak Alih 

7. Mendapat kembali harta tak alih spesifik 
8. Guaman oleh orang yang hilang milikan harta tak alih Milikan Harta Alih 
9. Mendapat kembali harta alih spesifik
10. Liabiliti orang yang mempunyai milikan, bukan sebagai pemunya, untuk menghantar serah              kepada orang yang berhak kepada milikan serta-merta

BAB II 

PELAKSANAAN SPESIFIK KONTRAK 

Kontrak yang boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik 

Seksyen 
11. Kes yang baginya pelaksanaan spesifik boleh dikuatkuasakan 
12. Kontrak yang sebahagian daripada subjek telah tidak wujud lagi 
13. Pelaksanaan spesifik sebahagian daripada kontrak jika bahagian yang tidak dilaksanakan
     adalah kecil 
14. Pelaksanaan spesifik sebahagian daripada kontrak jika bahagian yang tidak dilaksanakan
     adalah besar 
15. Pelaksanaan spesifik bagi bahagian kontrak yang bebas 
16. Halangan dalam kes lain akan pelaksanaan spesifik bagi sebahagian daripada kontrak 
17. Hak pembeli terhadap penjual dengan hak milik yang tak sempurna 
18. Kuasa untuk mengawardkan pampasan dalam kes yang tertentu 
19. Penyelesaian ganti rugi bukan suatu halangan kepada pelaksanaan spesifik 

        Kontrak yang tidakboleh Dikuatkuasakan secara Spesifik 

20. Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik 

        Budi bicara Mahkamah 

21. Budi bicara untuk mendekrikan pelaksanaan spesifik 

       Bagi siapa Kontrak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik 

22. Siapa boleh mendapatkan pelaksanaan spesifik 

       Bagi siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan Secara Spesifik 

23. Halangan diri terhadap relief 
24. Kontrak untuk menjual harta oleh seseorang yang tidak mempunyai hak milik, atau yang
      merupakan pemberi sukarela 

     Bagi siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik kecuali dengan suatu Pengubahan 

25. Ketidakkuatkuasaan kecuali dengan pengubahan

Relief Spesifik

Terhadap siapa Kontrak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik 

Seksyen 
26. Relief terhadap pihak dan orang yang menuntut di bawahnya dengan hak milik berikutnya
      Terhadap siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik 
27. Pihak yang tidak boleh dipaksa untuk melaksanakan kontrak Kesan Menolak sesuatu guaman
      bagi Pelaksanaan Spesifik 
28. Halangan guaman bagi kemungkiran selepas penolakan Award dan Arahan untuk
      Menyempurnakan Penyelesaian 
29. Pemakaian seksyen yang terdahulu kepada award dan arahan berwasiat untuk
      menyempurnakan penyelesaian 

BAB III 

PEMBETULAN SURAT CARA 

30. Bila surat cara boleh dibetulkan 
31. Anggapan mengenai niat pihak 32. Prinsip pembetulan 
33. Penguatkuasaan spesifik kontrak yang dibetulkan 

BAB IV 

PENAMATAN KONTRAK 

34. Bila penamatan boleh diputuskan 
35. Penamatan kerana kesilapan 
36. Permohonan alternatif bagi penamatan dalam guaman untuk pelaksanaan spesifik 
37. Mahkamah boleh menghendaki pihak yang menamatkan kontrak untuk melakukan ekuiti 

BAB V 

PEMBATALAN SURAT CARA 

38. Bila pembatalan boleh diperintahkan 
39. Surat cara yang boleh dibatalkan sebahagiannya 
40. Kuasa menghendaki pihak yang baginya surat cara dibatalkan supaya memberi pampasan

BAB VI 

DEKRI PERISYTIHARAN 

Seksyen 
41. Budi bicara mahkamah tentang perisytiharan status atau hak 
42. Kesan perisytiharan 

BAB VII 

PELANTIKAN PENERIMA 

43. Pelantikan Penerima adalah atas budi bicara 

BAB VIII 

PENGUATKUASAAN TUGAS AWAM 

44. Kuasa untuk memerintahkan pekhidmat awam dan lain-lain untuk melakukan perbuatan spesifik tertentu 
45. Bagaimana permohonan dibuat dan tatacara 
46. Perintah muktamad 
47. Pelaksanaan dan rayuan mengenai perintah 
48. Kos 
49. Halangan untuk mengeluarkan mandamus 

BAHAGIAN III 

RELIEF PENCEGAHAN 

BAB IX MENGENAI I

NJUNKSI SECARA AM 

50. Bagaimana relief pencegahan diberi 
51. Injunksi sementara dan berkekalan 

BAB X 

MENGENAI INJUNKSI BERKEKALAN 

52. Bila injunksi berkekalan diberi 
53. Injunksi mandatori 
54. Bila injunksi ditolak 
55. Injunksi untuk melaksanakan perjanjian negatif

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 137 AKTA 

RELIEF SPESIFIK 1950 

Suatu Akta yang berhubungan dengan relief spesifik. 

[Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu— 4 Julai 1950; Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak— 1 Julai 1974, Akta A238] 

BAHAGIAN I 

PERMULAAN 

Tajuk ringkas 
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Relief Spesifik 1950. 

Tafsiran 
2. (1) Dalam Akta ini— 
     “amanah” termasuklah tiap-tiap jenis pemunyaan fidusiari yang nyata, tersirat, atau konstruktif;
     “obligasi” termasuklah tiap-tiap tugas yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang; 
    “pemegang amanah” termasuklah tiap-tiap orang yang mempunyai sifat fidusiari, secara nyata, tersirat atau konstruktif; 
    “penyelesaian” ertinya apa-apa surat cara (selain wasiat atau kodisil) yang menurutnya matlamat atau penurunan kepentingan yang berturutan dalam harta alih atau harta tak alih dilupuskan atau dipersetujui supaya dilupuskan. 

MISALAN 

(a) Z membekueskan tanah kepada A, “tanpa meragui bahawa A akan membayar daripada tanah itu suatu anuiti sebanyak RM1,000 kepada B bagi seumur hidupnya”. A menerima bekues itu. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah bagi B, setakat anuiti itu. 

(b) A ialah penasihat undang-undang, perubatan atau kerohanian bagi B. Dengan menjadikan dirinya dalam keadaan sebagai penasihat yang sedemikian, A memperoleh keuntungan kewangan yang mungkin sebaliknya telah terakru kepada B. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah bagi B atas keuntungan itu.

(c) A sebagai jurubank kepada B, menzahirkan keadaan akaun B, bagi maksud A sendiri. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah untuk B, atas faedah yang diperoleh oleh A melalui penzahiran itu. 

(d) A, seorang daripada beberapa orang pekongsi, diambil kerja untuk membelikan barang bagi firma itu. A, tanpa diketahui oleh pekongsi bersamanya, membekalkan mereka itu dengan harga pasaran, barangan yang dibelinya dahulu semasa harga barangan itu lebih rendah, dan dengan itu membuat keuntungan yang banyak. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah bagi pekongsi bersamanya atas keuntungan yang dibuat itu. 

(e) A, pengurus kilang nila kepunyaan B, menjadi ejen bagi C, seorang penjual biji nila, dan menerima, tanpa persetujuan B, komisen bagi biji yang dibeli daripada C untuk kilang itu. Dalam pengertian Akta ini, A adalah pemegang amanah bagi B, atas komisen yang diterima itu. 

(2) Semua perkataan yang terdapat dalam Akta ini, yang telah ditakrifkan dalam Akta Kontrak 1950 [Akta 136], hendaklah disifatkan mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing oleh Akta 136 itu.

Kecualian 
3. Kecuali jika diperuntukkan dengan nyata selainnya dalam Akta ini, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan— 
(a) memberikan apa-apa hak untuk mendapatkan relief berkenaan dengan apa-apa perjanjian yang bukan suatu kontrak;
(b) melucutkan mana-mana orang akan apa-apa hak untuk mendapatkan relief, selain pelaksanaan spesifik, yang dia mungkin dapat di bawah mana-mana kontrak; atau
(c) menjejaskan kuat kuasa mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran dokumen. 

Bagaimana relief spesifik diberi 
4. Relief spesifik diberi—
(a) dengan mengambil milikan harta tertentu dan menghantarserahkannya kepada pihak menuntut;
(b) dengan memerintahkan sesuatu pihak melakukan perbuatan yang dia berkewajipan untuk melakukan;
(c) dengan mencegah sesuatu pihak daripada melakukan perkara yang dia berkewajipan untuk tidak melakukannya; 
(d) dengan menentukan dan mengisytiharkan hak pihak selain daripada dengan suatu award pampasan; atau
(e) dengan melantik penerima. 

Relief pencegahan 
5. Relief spesifik yang diberikan di bawah perenggan 4(c) dinamakan relief pencegahan. 

Relief tidak diberi untuk menguatkuasakan undang-undang penal 
6. Relief spesifik tidak boleh diberikan bagi maksud untuk menguatkuasakan undang-undang penal semata-mata. 

BAHAGIAN II 

RELIEF SPESIFIK 

BAB I 

MENDAPAT KEMBALI MILIKAN HARTA 

Milikan Harta Tak Alih 

Mendapatkan kembali harta tak alih spesifik 
7. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang berhak kepada milikan harta tak alih spesifik boleh mendapatkannya kembali mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil.
(2) Jika sesuatu harta tak alih spesifik telah disewakan di bawah sesuatu penyewaan, dan penyewaan itu ditamatkan atau telah berakhir, tetapi penghuni itu masih terus menduduki harta itu atau sebahagian daripada tanah itu, orang yang berhak kepada milikan harta itu tidak boleh menguatkuasakan haknya untuk mendapatkan harta itu kembali terhadap penghuni itu melainkan dengan prosiding di mahkamah. 
(3) Dalam subseksyen (2) “penghuni” ertinya mana-mana orang yang menduduki harta itu atau sebahagian daripada harta itu secara sah pada masa penamatan penyewaan itu.

 Guaman oleh orang yang hilang milikan harta tak alih 
8. (1) Jika mana-mana orang telah hilang milikan harta tak alih tanpa persetujuannya melainkan menurut perjalanan undang-undang, dia atau mana-mana orang yang membuat tuntutan melaluinya boleh, melalui guaman, mendapatkan kembali milikan harta tak alih itu, walau apa pun apa-apa hakmilik lain yang mungkin dikemukakan dalam guaman itu. 
(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang manamana orang daripada membawa guaman untuk membuktikan hakmiliknya terhadap mana-mana harta itu dan untuk mendapatkan kembali milikan harta itu. 
(3) Tiada guaman di bawah seksyen ini boleh dibawa terhadap mana-mana Kerajaan di Malaysia. 
(4) Tiada rayuan boleh dibuat terhadap mana-mana perintah atau dekri yang diberikan dalam mana-mana guaman yang dimulakan di bawah seksyen ini, juga tiada apa-apa kajian semula mengenai mana-mana perintah atau dekri itu boleh dibenarkan. 

Milikan Harta Alih 

Mendapatkan kembali harta alih spesifik 
9. Seseorang yang berhak kepada milikan harta alih spesifik boleh mendapatkannya kembali mengikut cara yang ditetapkan oleh undangundang yang berhubungan dengan tatacara sivil. 

   Huraian 1—Seseorang pemegang amanah boleh membawa guaman di bawah seksyen ini bagi milikan harta untuk kepentingan benefisial orang yang dia menjadi pemegang amanahnya, yang berhak ke atas harta itu.
   Huraian 2—Sesuatu hak yang khas atau sementara terhadap milikan harta sekarang memadai untuk menyokong suatu guaman di bawah seksyen ini. 

MISALAN 

(a) A menyandarkan beberapa barang kemas kepada B untuk menjamin suatu pinjaman. B melupuskan barang kemas itu sebelum dia berhak berbuat demikian. A, tanpa membayar atau menawarkan untuk membayar jumlah pinjaman itu, membawa tuntutan guaman terhadap B bagi milikan barang kemas itu. Guaman itu harus ditolak kerana A tidak berhak kepada milikan barang kemas itu, walau apa pun hak yang dia mungkin ada untuk menjamin jagaan selamatnya.

(b) A menerima suatu surat yang dialamatkan kepadanya oleh B. B mendapatkan balik surat itu tanpa persetujuan A. A mempunyai hak kepunyaan terhadap surat itu yang menghakkannya untuk mendapatkannya kembali daripada B.

(c) A mendepositkan kepada B buku dan dokumen untuk jagaan selamat. B menghilangkan buku dan dokumen itu dan C menjumpainya tetapi enggan menyerahkannya balik kepada B apabila diminta. B boleh mendapatkan buku dan dokumen itu daripada C, tertakluk kepada hak C jika ada, di bawah seksyen 121 Akta Kontrak 1950.

(d) A, seorang penjaga gudang, dituduh kerana menghantarserahkan barangan tertentu kepada Z, yang diambil oleh B daripada milikan A. A boleh membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan barangan itu. 

Liabiliti orang yang mempunyai milikan, bukan sebagai pemunya, untuk menghantar serah kepada orang yang berhak kepada milikan serta-merta 
10. Mana-mana orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas barang harta alih yang tertentu, yang dia bukan pemunyanya, boleh dipaksa secara spesifik supaya menghantarserahkan barang itu kepada orang yang berhak kepada pemilikan serta-merta, dalam mana-mana hal yang berikut: 
(a) apabila benda yang dituntut dipegang oleh defendan sebagai ejen atau pemegang amanah pihak menuntut; 

MISALAN 

A, yang hendak pergi ke Eropah, meninggalkan perabotnya dalam jagaan B sebagai ejennya semasa ketiadaannya. B, tanpa kebenaran daripada A, menyandarkan perabot itu kepada C, dan C yang mengetahui bahawa B tidak mempunyai hak untuk menyandarkan perabot itu, mengiklankannya untuk dijual. C boleh dipaksa untuk menghantarserahkan perabot itu kepada A, kerana dia memegangnya sebagai pemegang amanah kepada A.

(b) apabila pampasan dalam bentuk wang tidak dapat memberikan relief yang mencukupi bagi pihak menuntut atas kehilangan benda yang dituntut; 

MISALAN 

Z telah mendapat milikan suatu patung kepunyaan keluarga A, dan yang A adalah penjaganya yang sepatutnya. Z boleh dipaksa untuk menghantarserahkan patung itu kepada A. 

(c) apabila sangat sukar untuk menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan oleh kehilangan benda itu; dan 

MISALAN A 

berhak kepada suatu gambar yang dilukis oleh seorang pelukis yang telah mati dan dua buah pasu yang luar biasa dari negeri China. B mempunyai milikan ke atas barang itu. Barang itu mempunyai sifat yang terlalu istimewa untuk diberikan suatu nilai pasaran yang tertentu. B boleh dipaksa untuk menghantarserahkan barang-barang itu kepada A. 

(d) apabila milikan benda yang dituntut telah dipindahkan hak milik secara salah daripada pihak menuntut. 

BAB II 

PELAKSANAAN SPESIFIK KONTRAK

 Kontrak yang boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik 

Kes yang baginya pelaksanaan spesifik boleh dikuatkuasakan 
11. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Bab ini, pelaksanaan spesifik mana-mana kontrak boleh, atas budi bicara mahkamah, dikuatkuasakan—
(a) apabila perbuatan yang dipersetujui dilakukan itu bagi pelaksanaan secara keseluruhannya atau sebahagiannya, sesuatu amanah; 

MISALAN 

   A memegang beberapa stok sebagai amanah untuk B. A secara salah melupuskan stok itu. Undang-undang mewujudkan suatu kewajipan ke atas A untuk memulangkan kuantiti stok yang sama kepada B, dan B boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kewajipan ini.

(b) apabila tiada standard yang wujud bagi menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan oleh ketidaklaksanaan perbuatan yang dipersetujui supaya dilakukan; 

MISALAN 

   A bersetuju membeli, dan B bersetuju menjual, suatu gambar yang dilukis oleh seorang pelukis yang telah mati dan dua buah pasu yang luarbiasa dari negeri China. A boleh memaksa B secara spesifik untuk melaksanakan kontrak ini, kerana tiada standard untuk menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan oleh ketidaklaksanaannya. 

(c) apabila perbuatan yang dipersetujui supaya dilakukan adalah sedemikian yang pampasan kewangan bagi ketidaklaksanaannya tidak dapat memberikan relief yang memadai; atau 

MISALAN 

(a) A berkontrak dengan B untuk menjual kepada B sebuah rumah dengan harga RM1,000. B berhak kepada suatu dekri yang mengarahkan A supaya memindahhak rumah itu kepadanya, dan dia membayar wang pembelian itu.

(b) Sebagai balasan bagi pelepasan daripada kewajipan tertentu yang dikenakan ke atasnya oleh Akta pemerbadanannya, suatu syarikat kereta api berkontrak dengan Z untuk membuat suatu pintu gerbang melalui landasan kereta api syarikat itu untuk menyambungkan tanah Z yang terdapat perkhidmatan kereta api itu, untuk membina suatu jalan di antara beberapa tempat tertentu, untuk membayar jumlah wang tahunan yang tertentu bagi penyenggaraan jalan ini, dan juga untuk membina suatu jalan tepi dan dermaga sebagaimana yang ditetapkan dalam kontrak. Z berhak untuk menguatkuasakan kontrak ini secara spesifik kerana kepentingannya dalam pelaksanaan kontrak ini tidak dapat diberi pampasan yang mencukupi dengan wang; dan mahkamah boleh melantik seseorang yang sesuai untuk mengawasi pembinaan pintu gerbang, jalan, jalan tepi dan dermaga itu.

(c) A berkontrak untuk menjual, dan B berkontrak untuk membeli, bilangan tertentu syer kereta api yang berperihalan tertentu. A enggan menyempurnakan jualan itu. B boleh memaksa A secara spesifik untuk melaksanakan perjanjian ini, kerana syer itu terhad bilangannya dan tidak selalu ada dalam pasaran, dan milikannya membawa bersamanya status seorang pemegang syer, yang tidak boleh diperoleh selainnya.

(d) A berkontrak dengan B untuk melukis sekeping gambar untuk B, yang bersetuju untuk membayar A sebanyak RM1,000. Gambar itu dilukiskan. B berhak supaya gambar itu dihantarserahkan kepadanya atas bayaran atau tender sebanyak RM1,000 itu.

(d) apabila berkemungkinan bahawa pampasan kewangan tidak boleh didapati bagi ketidaklaksanaan perbuatan yang dipersetujui untuk dilakukan itu. 

MISALAN 

   A memindahkan tanpa pengendorsan, tetapi dengan balasan berharga, suatu nota janji hutang kepada B. A menjadi tidak solven, dan C dilantik menjadi pemegang serah haknya. B boleh memaksa C supaya mengendorskan nota itu, kerana C telah menggantikan liabiliti A dan suatu dekri bagi pampasan kewangan kerana tidak mengendorskan nota itu akan menjadi sia-sia. 
 
(2) Melainkan jika dan sehingga dibuktikan selainnya, mahkamah hendaklah menganggap bahawa kemungkiran sesuatu kontrak untuk memindah milik harta tak alih tidak boleh direliefkan dengan secukupnya dengan pampasan dalam bentuk wang, dan bahawasanya kemungkiran sesuatu kontrak untuk memindahkan hakmilik harta alih itu boleh diberikan relief. 

Kontrak yang sebahagian daripada subjek telah tidak wujud lagi 
12. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 57 Akta Kontrak 1950, sesuatu kontrak tidak mustahil keseluruhannya untuk dilaksanakan kerana sebahagian daripada hal perkaranya yang wujud pada tarikh kontrak telah tidak wujud lagi pada masa pelaksanaannya. 

MISALAN 

(a) A berkontrak untuk menjual sebuah rumah kepada B dengan harga RM10,000. Pada hari selepas kontrak itu dibuat, rumah itu telah dimusnahkan oleh siklon. B boleh dipaksa untuk melaksanakan bahagian kontraknya dengan membayar wang pembelian itu.

(b) Sebagai balasan kepada jumlah wang yang kena dibayar oleh B, A berkontrak untuk memberikan suatu anuiti kepada B untuk seumur hidup B. Pada hari selepas kontrak itu dibuat, B terjatuh dari kudanya dan terbunuh. Wakil B boleh dipaksa membayar wang pembelian itu. 

Pelaksanaan spesifik sebahagian daripada kontrak jika bahagian yang tidak dilaksanakan adalah kecil
13. Jika suatu pihak kepada sesuatu kontrak tidak dapat melaksanakan keseluruhan bahagian kontraknya, tetapi bahagian yang mesti ditinggalkan tanpa dilaksanakan merupakan suatu 
bahagian yang kecil sahaja kepada keseluruhan kontrak itu dari segi nilainya, dan membenarkan pampasan dalam bentuk wang, mahkamah boleh, atas guaman salah satu pihak, mengarahkan pelaksanaan spesifik seberapa banyak kontrak yang boleh dilaksanakan, dan mengawardkan pampasan dalam bentuk wang bagi kekurangan itu. 

MISALAN 

Dalam suatu kontrak bagi penjualan dan pembelian sebuah rumah dan tanah dengan harga RM20,000, adalah dipersetujui bahawa sebahagian daripada perabot itu patut diambil dengan satu penilaian. Mahkamah boleh mengarahkan pelaksanaan spesifik kontrak itu walaupun pihak tidak dapat bersetuju mengenai penilaian perabot itu, dan boleh sama ada menilaikan perabot itu dalam guaman dan memasukkannya ke dalam dekri bagi pelaksanaan spesifik, atau boleh menghadkan dekrinya kepada rumah itu. 

Pelaksanaan spesifik sebahagian daripada kontrak jika bahagian yang tidak dilaksanakan adalah besar 
14. Jika suatu pihak kepada sesuatu kontrak tidak dapat melaksanakan keseluruhan bahagian kontraknya, dan bahagian yang mesti ditinggalkan tanpa dilaksanakan itu merupakan suatu bahagian yang besar kepada keseluruhan kontrak itu, atau tidak membenarkan pampasan dalam bentuk wang, dia tidak berhak mendapat suatu dekri bagi pelaksanaan spesifik. Tetapi mahkamah boleh, atas guaman pihak yang satu lagi itu, mengarahkan pihak yang ingkar untuk melaksanakan secara spesifik seberapa banyak daripada bahagian kontraknya yang boleh dilaksanakannya, dengan syarat bahawa plaintif melepaskan semua tuntutan bagi pelaksanaan selanjutnya, dan semua hak terhadap pampasan sama ada bagi kekurangan itu, atau bagi kehilangan atau kerugian yang ditanggung olehnya oleh sebab keingkaran defendan. 

Pelaksanaan spesifik bagi bahagian kontrak yang bebas 
15. Apabila sebahagian daripada sesuatu kontrak yang, diambil kira dengan sendirinya, boleh dan patut dilaksanakan secara spesifik, berada dalam kedudukan yang berasingan dan bebas daripada bahagian yang lain bagi kontrak yang sama yang tidak boleh atau tidak patut dilaksanakan secara spesifik, mahkamah boleh mengarahkan pelaksanaan spesifik bagi bahagian yang terdahulu itu.

Halangan dalam kes lain akan pelaksanaan spesifik bagi sebahagian daripada kontrak 
16. Mahkamah tidak boleh mengarahkan pelaksanaan spesifik bagi sebahagian daripada sesuatu kontrak kecuali dalam kes yang termasuk di bawah satu atau selain daripada tiga seksyen terakhir yang terdahulu. 

Hak pembeli terhadap penjual dengan hak milik yang tidak sempurna 
17. Jika seseorang berkontrak untuk menjual atau menyewa harta tertentu, yang adalah suatu hak milik yang tidak sempurna terhadap harta itu, pembeli atau penerima pajak (kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Bab ini) mempunyai hak yang berikut: 
(a) jika penjual atau pemberi pajak telah memperoleh apaapa kepentingan dalam harta itu selepas penjualan atau pajakan itu, pembeli atau penerima pajak boleh memaksanya untuk menyempurnakan kontrak itu daripada kepentingan itu; 
(b) jika persetujuan orang lain perlu untuk mengesahkan hak milik itu, dan orang itu terikat untuk memindahhakkan atas permintaan penjual atau pemberi pajak, pembeli atau penerima pajak boleh memaksa penjual atau pemberi pajak untuk mendapatkan persetujuan itu; dan 
(c) jika penjual atau pemberi pajak membawa guaman bagi pelaksanaan spesifik kontrak itu, dan guaman itu ditolak atas alasan hak milik tidak sempurna, defendan mempunyai hak kepada pengembalian depositnya (jika ada) dengan bunga ke atasnya, kepada kos guamannya, dan kepada suatu lien bagi deposit, bunga, dan kos dalam kepentingan penjual atau pemberi pajak atas harta yang dipersetujui untuk dijual atau disewakan itu. 

Kuasa untuk mengawardkan pampasan dalam kes yang tertentu 
18. (1) Mana-mana orang yang membawa guaman untuk pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak boleh juga meminta pampasan bagi kemungkirannya, sama ada sebagai tambahan kepada, atau sebagai ganti bagi, pelaksanaannya. 
(2) Jika dalam mana-mana guaman sedemikian, mahkamah memutuskan bahawa pelaksanaan spesifik tidak patut diberi, tetapi ada suatu kontrak antara pihak yang telah dimungkirkan oleh defendan dan bahawa plaintif adalah berhak kepada pampasan bagi kemungkiran itu, mahkamah hendaklah mengawardkan pampasan kepada plaintif dengan sewajarnya. 

MISALAN A 

berkontrak untuk menjual seratus gantang beras kepada B. B membawa guaman untuk memaksa A melaksanakan kontrak itu atau untuk membayar pampasan. Mahkamah berpendapat bahawa A telah membuat suatu kontrak yang sah dan telah memungkirinya, tanpa sebab, dan menyebabkan kerugian kepada B, tetapi pelaksanaan spesifik bukan satu remedi yang sesuai. Mahkamah hendaklah mengawardkan kepada B pampasan sebagaimana yang difikirkannya adil. 

(3) Jika dalam mana-mana guaman itu, mahkamah memutuskan bahawa pelaksanaan spesifik patut diberi, tetapi ia tidak memadai untuk memenuhi keadilan kes itu, dan bahawa pampasan bagi kemungkiran kontrak itu patut juga diberi kepada plaintif, mahkamah hendaklah mengaward plaintif akan pampasan itu dengan sewajarnya. 

MISALAN 

  A berkontrak dengan B untuk menjual kepadanya sebuah rumah dengan harga RM1,000, harga itu hendaklah dibayar dan milikan diberi pada 1 haribulan Januari. A gagal untuk melaksanakan bahagian kontraknya, dan B membawa guaman bagi pelaksanaan spesifik dan pampasan, yang diputuskan dengan memihak kepadanya. Dekri itu di samping memerintahkan pelaksanaan spesifik, boleh mengawardkan kepada B pampasan bagi apa-apa kerugian yang telah ditanggung olehnya disebabkan oleh keengganan A itu. 

(4) Pampasan yang diawardkan di bawah seksyen ini boleh ditaksirkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh mahkamah. 

(5) Hal keadaan bahawa kontrak itu tidak boleh diberi pelaksanaan spesifik tidak akan menghalang mahkamah daripada menjalankan bidang kuasa yang diberikan oleh seksyen ini. 

MISALAN 

(a) A, seorang pembeli, membawa guaman terhadap B penjualnya, untuk mendapatkan pelaksanaan spesifik suatu kontrak bagi penjualan suatu paten. Sebelum guaman itu didengar, paten itu telah habis tempoh. Mahkamah boleh mengaward A akan pampasan bagi ketidaklaksanaan kontrak itu, dan jika perlu, boleh meminda plaint bagi maksud itu. 18 Undang-Und

(b) A membawa guaman untuk mendapatkan pelaksanaan spesifik bagi suatu resolusi yang diluluskan oleh pengarah suatu syarikat awam, yang di bawahnya dia berhak memperoleh sebilangan syer untuk diperuntukkan kepadanya, dan bagi pampasan bagi ketidaklaksanaan resolusi itu. Semua syer itu telah diuntukkan sebelum guaman itu dimulakan. Mahkamah boleh di bawah seksyen ini, mengaward A akan pampasan bagi ketidaklaksanaan itu. 

Penyelesaian ganti rugi bukan suatu halangan kepada pelaksanaan spesifik 
19. Sesuatu kontrak, jika sebaliknya sesuai untuk dikuatkuasakan secara spesifik, boleh dikuatkuasakan, walaupun suatu jumlah dinamakan di dalamnya sebagai amaun yang kena dibayar dalam hal kemungkirannya, dan pihak yang ingkar sanggup membayar amaun itu. 

MISALAN 

  A berkontrak untuk memberi B suatu pajakan kecil harta yang dipegang oleh A di bawah C, dan bahawa A akan memohon kepada C suatu lesen yang diperlukan untuk mengesahkan pajakan kecil itu, dan bahawa, jika lesen itu tidak didapati, A akan membayar kepada B sebanyak RM10,000. A enggan memohon lesen itu dan menawarkan untuk membayar kepada B sebanyak RM10,000. B walau bagaimanapun berhak untuk menguatkuasakan kontrak itu secara spesifik jika C bersetuju untuk memberikan lesen itu. 

Kontrak yang tidak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik 

Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik 
20. (1) Kontrak yang berikut tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik:
(a) sesuatu kontrak yang jika tidak dilaksanakan, pampasan wang adalah relief yang mencukupi; 

MISALAN 

   A berkontrak untuk menjual, dan B berkontrak untuk membeli, RM10,000 atas pinjaman sebanyak empat peratus daripada Bandar raya Pulau Pinang; 
 
  A berkontrak untuk menjual, dan B berkontrak untuk membeli 40 pikul kopi dengan harga RM30 sepikul;

   Sebagai balasan bagi harta tertentu yang telah dipindahmilikkan oleh A kepada B, B berkontrak untuk membuka suatu kredit bagi faedah A setakat RM10,000, dan untuk membayar draf A sebanyak amaun itu: 
 
   Kontrak di atas tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik, kerana dalam keadaan pertama dan kedua, kedua-dua A dan B, dan dalam keadaan ketiga, A akan dibayar ganti melalui pampasan dalam bentuk wang. 

(b) sesuatu kontrak mengenai butiran yang kecil atau banyak, atau yang bergantung kepada kelayakan persendirian atau kemahuan pihak atau sebaliknya kontrak itu terdiri daripada jenis yang mahkamah tidak dapat menguat kuasakan pelaksanaan spesifik bagi termanya yang material; 

MISALAN 

(a) A berkontrak untuk memberikan perkhidmatan persendirian kepada B; 
   A berkontrak untuk mengambil B bekerja atas perkhidmatan persendirian; 
  A, seorang pengarang, berkontrak dengan B seorang penerbit, untuk menyelesaikan sesuatu kerja kesusasteraan; 
   B tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik bagi kontrak ini. 

(b) A berkontrak untuk membeli perniagaan B dengan amaun yang penilaiannya akan dibuat oleh dua orang penilai, seorang akan dinamakan oleh A dan yang seorang lagi akan dinamakan oleh B. A dan
   B masing-masing menamakan seorang penilai tetapi sebelum penilaian dibuat, A mengarahkan penilainya supaya jangan meneruskan penilaian itu; 
 
   Mengikut suatu carterparti yang dibuat di Teluk Anson antara A pemunya sebuah kapal, dan B pencarternya, telah dipersetujui bahawa kapal itu hendaklah meneruskan perjalanannya ke Rangoon, dan di situ memuatkan satu kargo beras, dan seterusnya meneruskan perjalanan ke London, bayaran tambang muatan hendaklah dibayar, sebanyak satu pertiga apabila tiba di Rangoon, dan dua pertiga apabila kargo itu dihantarserahkan di London; 

   A menyewakan tanah kepada B dan B berkontrak untuk bercucuk tanam di atas tanah itu mengikut cara yang tertentu bagi tiga tahun akan datang selepas tarikh pajakan itu; 
A dan B berkontrak bahawa sebagai balasan kepada pendahuluan tahunan yang akan dibuat oleh A, B akan, selama tiga tahun selepas dari tarikh kontrak itu, menanam tanaman yang tertentu di atas tanah dalam milikannya itu dan menghantarserahkannya kepada B apabila telah dipotong dan sedia untuk dihantarserahkan; 

  A berkontrak dengan B bahawa sebagai balasan kepada sejumlah RM1,000 yang dibayar kepadanya oleh B, dia akan melukis sekeping gambar untuk B;

   Sebagai balasan bagi harta tertentu yang telah dipindahmilikkan oleh A kepada B, B berkontrak untuk membuka suatu kredit bagi faedah A setakat RM10,000, dan untuk membayar draf A sebanyak amaun itu:
   Kontrak di atas tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik, kerana dalam keadaan pertama dan kedua, kedua-dua A dan B, dan dalam keadaan ketiga, A akan dibayar ganti melalui pampasan dalam bentuk wang.
(b) sesuatu kontrak mengenai butiran yang kecil atau banyak, atau yang bergantung kepada kelayakan persendirian atau kemahuan pihak atau sebaliknya kontrak itu terdiri daripada jenis yang mahkamah tidak dapat menguat kuasakan pelaksanaan spesifik bagi termanya yang material;

MISALAN 

(a) A berkontrak untuk memberikan perkhidmatan persendirian kepada B;
     A berkontrak untuk mengambil B bekerja atas perkhidmatan persendirian;
   A, seorang pengarang, berkontrak dengan B seorang penerbit, untuk menyelesaikan sesuatu kerja kesusasteraan;
     B tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik bagi kontrak ini.

(b) A berkontrak untuk membeli perniagaan B dengan amaun yang penilaiannya akan dibuat oleh dua orang penilai, seorang akan dinamakan oleh A dan yang seorang lagi akan dinamakan oleh B. A dan B masing-masing menamakan seorang penilai tetapi sebelum penilaian dibuat, A mengarahkan penilainya supaya jangan meneruskan penilaian itu;

   Mengikut suatu carterparti yang dibuat di Teluk Anson antara A pemunya sebuah kapal, dan B pencarternya, telah dipersetujui bahawa kapal itu hendaklah meneruskan perjalanannya ke Rangoon, dan di situ memuatkan satu kargo beras, dan seterusnya meneruskan perjalanan ke London, bayaran tambang muatan hendaklah dibayar, sebanyak satu pertiga apabila tiba di Rangoon, dan dua pertiga apabila kargo itu dihantarserahkan di London;
   A menyewakan tanah kepada B dan B berkontrak untuk bercucuk tanam di atas tanah itu mengikut cara yang tertentu bagi tiga tahun akan datang selepas tarikh pajakan itu;
   A dan B berkontrak bahawa sebagai balasan kepada pendahuluan tahunan yang akan dibuat oleh A, B akan, selama tiga tahun selepas dari tarikh kontrak itu, menanam tanaman yang tertentu di atas tanah dalam milikannya itu dan menghantarserahkannya kepada B apabila telah dipotong dan sedia untuk dihantarserahkan;
  A berkontrak dengan B bahawa sebagai balasan kepada sejumlah RM1,000 yang dibayar kepadanya oleh B, dia akan melukis sekeping gambar untuk B;
 A berkontrak dengan B untuk menyempurnakan kerja tertentu yang mahkamah tidak dapat mengawasinya;
  A berkontrak untuk membekalkan B dengan segala barang daripada kelas tertentu yang B boleh menghendakinya; A berkontrak dengan B untuk mengambil daripada B suatu pajakan rumah tertentu bagi suatu tempoh yang ditentukan, pada suatu kadar sewaan yang ditentukan, “jika bilik tamunya dihias dengan cantik” sekalipun kontrak itu diputuskan mempunyai sekian banyak ketentuan bahawa pampasan boleh didapati kerana kemungkiran kontrak itu;
   A berkontrak untuk mengahwini B;
Kontrak di atas tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik.

(c) sesuatu kontrak yang termanya tidak boleh didapati oleh mahkamah dengan ketentuan yang munasabah;


MISALAN 

  A, pemunya sebuah bilik minuman ringan, berkontrak dengan B untuk memberi B tempat tinggal di situ untuk B menjual barangannya dan untuk menyediakan B dengan perkakas yang perlu. A enggan melaksanakan kontraknya. Kes ini ialah bagi mendapatkan pampasan dan bukan bagi pelaksanaan spesifik, amaun dan jenis tempat tinggal serta perkakas tidak ditentukan.

(d) sesuatu kontrak yang bersifat boleh batal;

MISALAN 

   A dan B berkontrak untuk menjadi pekongsi dalam suatu perniagaan yang tertentu, kontrak itu tidak menyatakan jangka masa perkongsian yang dicadangkan itu. Kontrak ini tidak boleh dilaksanakan secara spesifik kerana jika ia dilaksanakan sedemikian, sama ada A atau B mungkin dengan sertamerta membubarkan perkongsian itu.

(e) sesuatu kontrak yang dibuat oleh pemegang amanah sama ada dengan melebihi kuasa mereka atau dengan pecah amanah;

MISALAN 

(a) A ialah pemegang amanah tanah dengan kuasa untuk memajakkan tanah itu selama tujuh tahun. Dia membuat kontrak dengan B untuk memberikan pajakan bagi tanah itu untuk tempoh tujuh tahun, dengan waad untuk memperbaharui pajakan itu apabila tamat tempohnya. Kontrak ini tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik.

(b) Pengarah suatu syarikat mempunyai kuasa untuk menjual syarikat itu dengan sanksi suatu mesyuarat agung pemegang syer. Mereka berkontrak untuk menjual syarikat itu tanpa apa-apa sanksi sedemikian. Kontrak ini tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik.

(c) Dua pemegang amanah, A dan B, yang diberi kuasa untuk menjual harta amanah bernilai RM10,000, berkontrak untuk menjualkannya kepada C dengan harga RM3,000. Kontrak itu sangat merugikan sehingga menjadi pecah amanah. C tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifiknya.

(d) Penaja suatu syarikat bagi kerja lombong berkontrak bahawa syarikat itu apabila ditubuhkan hendaklah membeli harta galian yang tertentu. Mereka tidak mengambil langkah beringat-ingat yang sepatutnya untuk menentukan nilai harta itu, malahan bersetuju membayar suatu harga yang tinggi baginya. Mereka juga mensyaratkan bahawa penjual itu hendaklah memberi mereka bonus daripada wang pembelian itu. Kontrak ini tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik.

(f) sesuatu kontrak yang dibuat oleh atau bagi pihak suatu perbadanan atau syarikat awam yang diwujudkan bagi maksud khas, atau oleh penaja syarikat, yang melebihi kuasanya;

MISALAN 

   Suatu syarikat yang wujud bagi maksud satu-satunya untuk membuat dan mengerjakan jalan kereta api berkontrak untuk membeli sebidang tanah bagi maksud mendirikan kilang kapas di atasnya. Kontrak ini tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik.

(g) sesuatu kontrak yang pelaksanaannya melibatkan pelaksanaan suatu tugas yang berterusan hingga berlarutan pada suatu tempoh yang lebih panjang dari tiga tahun dari tarikh kontrak itu; dan

MISALAN 

A berkontrak untuk menyewakan kepada B selama dua puluh satu tahun, hak untuk menggunakan bahagian tertentu landasan kereta api yang dibuat oleh A di atas tanah B, dan B berhak untuk menjalankan gerabak di atas keseluruhan landasan itu atas terma tertentu, dan boleh menghendaki A untuk membekalkan kuasa enjin yang perlu, dan bahawa A hendaklah dalam tempoh itu menjaga keseluruhan landasan kereta api itu dalam keadaan baik. Pelaksanaan spesifik kontrak ini patut ditolak daripada diberi kepada B.

(h) sesuatu kontrak yang bahagian material hal perkara yang diandaikan oleh kedua-dua pihak akan wujud, telah, sebelum kontrak itu dibuat, tidak wujud lagi.

MISALAN 

   A berkontrak untuk membayar suatu anuiti kepada B bagi seumur hidup C dan D. Pada tarikh kontrak itu dibuat, C yang disangka oleh A dan B masih hidup, telah mati. Kontrak itu tidak boleh dilaksanakan secara spesifik.

(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil, kontrak untuk merujuk sesuatu kontroversi kepada timbang tara tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik.

Budi bicara Mahkamah 

Budi bicara untuk mendekrikan pelaksanaan spesifik
21. (1) Bidang kuasa untuk mendekrikan pelaksanaan spesifik suatu budi bicara dan mahkamah tidak terikat untuk memberi apaapa relief sedemikian semata-mata kerana sah untuk berbuat demikian; tetapi budi bicara mahkamah bukan sewenang-wenangnya tetapi berpatutan dan munasabah, yang berpandukan prinsip kehakiman dan boleh diperbetul oleh suatu mahkamah rayuan.
(2) Berikut ialah kes yang mahkamah boleh menjalankan suatu budi bicara dengan sepatutnya untuk tidak mendekrikan pelaksanaan spesifik:
(a) jika hal keadaan yang di bawahnya kontrak dibuat menjadikan plaintif mendapat faedah yang tidak adil jika dibandingkan dengan defendan, walaupun tidak ada fraud atau salah nyataan pada pihak plaintif; dan

MISALAN 

(a) A berkontrak untuk menjual kepada B, kepentingan C dalam stok perdagangan yang tertentu. Adalah ditetapkan bahawa jualan itu akan menguntungkan walaupun ternyata kepentingan C itu tidak bernilai langsung. Pada hakikatnya, nilai kepentingan C bergantung kepada keputusan akaun perkongsian yang tertentu, di mana dia banyak berhutang kepada pekongsinya. Keberhutangan ini diketahui oleh A tetapi tidak oleh B. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada A.

(b) A berkontrak untuk menjual dan B berkontrak untuk membeli tanah tertentu. Untuk melindungi tanah itu daripada banjir, perlu bagi pemunyanya untuk menyenggara suatu tambak yang mahal. B tidak tahu akan hal keadaan ini dan A merahsiakannya daripada B. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada A.

(c) Harta A telah dicadangkan untuk dilelong. B meminta C, wakil A untuk membuat tawaran baginya. C melakukan ini dengan tidak sengaja dan dengan suci hati. Orang yang hadir, apabila melihat wakil penjual itu membuat tawaran, menyangka bahawa dia hanya memperbesar-besarkan perkara itu dan berhenti untuk bersaing. Lot itu dijual kepada B pada suatu harga yang rendah. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada B.

(b) jika pelaksanaan sesuatu kontrak itu akan melibatkan sesuatu kesusahan ke atas defendan yang tidak dijangka olehnya, sedangkan ketidaklaksanaan kontrak itu tidak akan melibatkan kesusahan sedemikian kepada plaintif.

MISALAN 

(a) A dan B, pemegang amanah, bersama-sama benefisiari mereka C, dalam suatu kontrak untuk menjual harta amanah kepada D, dan secara sendiri bersetuju untuk melepaskan harta pusaka itu daripada bebanan berat yang harta pusaka itu tertakluk. Wang pembelian itu tidak mencukupi untuk melepaskan bebanan itu, walaupun pada tarikh kontrak itu, penjual percaya yang ia mencukupi. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada D.

(b) A berkontrak dengan B untuk menjual kepadanya tanah tertentu, dan untuk membuat suatu jalan menuju ke tanah itu, dari suatu stesen kereta api yang tertentu. Kemudiannya didapati bahawa A tidak boleh membuat jalan itu tanpa mendedahkan dirinya kepada litigasi. Pelaksanaan spesifik bahagian kontrak yang berhubungan dengan jalan itu boleh ditolak daripada diberi kepada B, walaupun boleh diputuskan bahawa dia berhak kepada pelaksanaan spesifik bagi bahagian kontrak yang selebihnya dengan pampasan bagi kerugian jalan itu.

(c) A penerima pajak lombong berkontrak dengan B pemberi pajak, bahawa pada bila-bila masa, semasa penerusan pajakan itu, B boleh memberikan notis tentang hasratnya untuk mengambil jentera dan loji yang digunakan di dalam dan di sekitar lombong itu, dan barang yang dinyatakan dalam notis hendaklah dihantar serah kepada B pada suatu penilaian pada masa tamat tempoh pajakan itu. Kontrak sedemikian mungkin amat memudaratkan perniagaan penerima pajak itu dan pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada B.

(d) A berkontrak dengan B untuk membeli dari kilang B dan tidak di tempat lain semua barangan daripada kelas tertentu yang digunakan oleh A dalam perdagangannya. Mahkamah tidak boleh memaksa B untuk membekalkan barangan itu, tetapi jika dia tidak membekalkan barangan itu, A mungkin mendapat kesusahan, melainkan jika dia dibenarkan untuk membeli barangan itu dari tempat lain. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada B.

(3) Kes yang baginya mahkamah boleh menggunakan budi bicara dengan sepatutnya untuk mendekrikan pelaksanaan spesifik ialah apabila plaintif telah melakukan perbuatan yang substansial atau telah mengalami kerugian akibat daripada suatu kontrak yang boleh diberi pelaksanaan spesifik.

MISALAN 

    A menjual tanah kepada sebuah syarikat kereta api, yang berkontrak untuk menyempurnakan kerja tertentu bagi kemudahan A. Syarikat itu mengambil tanah itu dan menggunakannya untuk jalan kereta api syarikat berkenaan. Pelaksanaan spesifik kontrak untuk menyempurnakan kerja tertentu itu hendaklah didekrikan kepada A.

Bagi siapa Kontrak boleh Dikuatkuasakan secara 

Spesifik Siapa boleh mendapatkan pelaksanaan spesifik 
22. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Bab ini, pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak itu boleh didapati oleh—
(a) mana-mana pihak kepada kontrak itu;
(b) wakil berkepentingan, atau prinsipal kepada mana-mana pihak kepada kontrak itu: Dengan syarat bahawa, jika pembelajaran, kemahiran, kesolvenan, atau apa-apa kualiti peribadi pihak itu unsur material dalam kontrak itu, atau jika kontrak itu memperuntukkan bahawa kepentingan pihak itu tidak boleh diserahhakkan, wakilnya yang berkepentingan atau prinsipalnya tidak berhak kepada pelaksanaan spesifik kontrak itu, melainkan jika bahagian pihak itu dalam kontrak itu telah dilaksanakan;
(c) jika kontrak itu merupakan suatu penyelesaian tentang perkahwinan, atau suatu kompromi mengenai hak yang diragukan antara anggota keluarga yang sama, manamana orang yang berhak secara benefisial di bawahnya;
(d) apabila sesuatu syarikat awam telah membuat suatu kontrak dan kemudiannya disatukan dengan syarikat awam yang lain, syarikat baru yang muncul daripada penyatuan itu; atau
(e) apabila penaja sesuatu syarikat awam sebelum pemerbadanannya, telah membuat kontrak bagi maksud syarikat itu, dan kontrak itu dibenarkan oleh terma pemerbadanan, syarikat itu.

Bagi siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik 

Halangan diri terhadap relief 
23. Pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak tidak boleh dikuatkuasakan dengan memihak kepada seseorang—
(a) yang tidak boleh mendapat pampasan bagi kemungkirannya;

MISALAN  

A, yang memang biasa baginya bertindak sebagai ejen bagi B, membuat suatu perjanjian dengan C untuk mambeli rumah C. A sebenarnya tidak bertindak sebagai ejen bagi B tetapi bertindak bagi pihaknya sendiri. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak ini.

(b) yang telah menjadi tidak berupaya untuk melaksanakan atau melanggar mana-mana terma penting kontrak itu yang di pihaknya masih belum dilaksanakan;

MISALAN 

(a) A berkontrak untuk menjual sebuah rumah kepada B dan menjadi penyewa bagi rumah itu bagi tempoh empat belas tahun dari tarikh penjualan atas suatu sewa tahunan yang tertentu. A menjadi tidak solven. Dia atau pegawai penerima estetnya tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak itu.

(b) A berkontrak untuk menjual kepada B sebuah rumah dan taman yang di dalamnya terdapat pokok perhiasan, suatu elemen material dari segi nilai harta itu sebagai tempat kediaman. A, tanpa persetujuan B, memotong pokok itu. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak itu.

(c) A, yang memegang tanah di bawah suatu kontrak dengan B untuk suatu pajakan telah melakukan pembaziran, atau memperlakukan tanah itu dengan cara yang tidak menjimatkan. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak itu.

(d) A berkontrak untuk menyewa sebuah rumah yang belum siap dan B berkontrak untuk menyiapkan rumah itu dan pajakan itu mengandungi waad di pihak A untuk menjaga rumah itu dalam keadaan baik. B menyiapkan rumah itu dengan cara yang tidak sempurna: B tidak boleh menguatkuasakan kontrak itu secara spesifik, walaupun A dan B boleh mendakwa antara satu sama lain untuk pampasan bagi kemungkiran kontrak itu.

(c) yang telah memilih remedinya dan mendapat penyelesaian bagi kemungkiran kontrak yang didakwakan itu; atau

MISALAN 

(a) A berkontrak untuk menyewakan sebuah rumah bagi suatu tempoh dan pada kadar sewa yang ditetapkan dan B berkontrak untuk menyewa rumah itu. B enggan melaksanakan kontrak itu. A sesudah itu membawa guaman untuk, dan mendapatkan pampasan bagi kemungkiran kontrak itu. A tidak boleh mendapat pelaksanaan spesifik kontrak itu.

(d) yang, terdahulu daripada kontrak itu, telah mengetahui bahawa suatu penyelesaian hal perkara kontrak itu (walaupun tidak berasaskan apa-apa balasan berharga) telah dibuat dan kemudiannya dikuatkuasakan.

Kontrak untuk menjual harta oleh seseorang yang tidak mempunyai hak milik, atau yang merupakan pemberi sukarela 
24. Sesuatu kontrak bagi penjualan atau penyewaan harta, sama ada harta alih atau tak alih, tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik yang memihak kepada penjual atau pemberi pajak—
(a) yang, mengetahui dirinya tidak mempunyai apa-apa hak milik terhadap harta itu, telah berkontrak untuk menjual atau menyewa harta itu;
(b) yang, walaupun dia membuat kontrak dengan mempercayai bahawa dia mempunyai hak milik yang sah terhadap harta itu; tidak boleh, pada masa yang ditetapkan oleh pihak atau oleh mahkamah bagi menyempurnakan penjualan atau penyewaan itu, memberi pembeli atau penerima pajak suatu hak milik yang bebas daripada keraguan munasabah; atau
(c) yang, sebelum membuat kontrak itu, telah membuat suatu penyelesaian (walaupun tidak berasaskan apa-apa balasan berharga) mengenai hal perkara kontrak itu.

MISALAN 

(a) A, tanpa kebenaran daripada C, berkontrak untuk menjual kepada B suatu estet yang A ketahui adalah kepunyaan C. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak ini, walaupun C bersedia untuk mengesahkannya.

(b) A, atas dasar kasih sayang semula jadi, membuat penyelesaian harta tertentu kepada adik-beradik lelaki dan zuriat mereka, dan kemudian membuat suatu kontrak untuk menjual harta itu kepada orang yang tidak dikenali. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak ini supaya mengatasi penyelesaian itu dan dengan demikian menjejaskan kepentingan orang yang menuntut di bawahnya.

Bagi siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik, kecuali dengan suatu Pengubahan

Ketidakkuatkuasaan kecuali dengan pengubahan 
25. Jika seseorang plaintif meminta pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak secara bertulis, yang kepadanya defendan menyediakan suatu pengubahan, plaintif tidak boleh mendapat pelaksanaan yang diminta itu, kecuali dengan pengubahan yang disediakan itu, dalam kes yang berikut, iaitu:
(a) jika disebabkan fraud atau silap fakta, kontrak yang pelaksanaannya diminta dari segi termanya berlainan daripada apa yang defendan anggapkan apabila dia membuat kontrak itu;
(b) jika disebabkan fraud, silap fakta atau secara mengejut, defendan membuat suatu kontrak di bawah salah faham yang munasabah akan kesannya di antara dirinya dan plaintif;
(c) jika defendan dengan mengetahui terma kontrak dan memahami kesannya, telah membuat kontrak itu dengan bergantung kepada beberapa salah nyataan oleh plaintif, atau atas beberapa ketentuan di pihak plaintif, yang menambah kepada kontrak itu, tetapi yang dia enggan memenuhinya;
(d) jika tujuan pihak itu untuk mengemukakan suatu keputusan undang-undang yang tertentu, yang kontrak itu sebagaimana dirangka tidak dikira boleh mengemukakannya; dan
(e) jika pihak, berikutan dengan penyempurnaan kontrak itu, telah berkontrak untuk mengubahnya.

MISALAN 

(a) A, B dan C menandatangani suatu tulisan yang dengannya mereka tiap-tiap seorang bertujuan membuat satu bon RM1,000 kepada D. Dalam suatu guaman oleh D untuk menjadikan A, B dan C bertanggungan secara berasingan setiap seorang setakat RM1,000, mereka membuktikan bahawa perkataan “setiap seorang” telah dimasukkan dengan silap; bahawa niat mereka ialah mereka sepatutnya memberikan satu bon bersama sebanyak RM1,000. D boleh mendapatkan pelaksanaan yang diminta hanya dengan pengubahan yang dibuat itu

(b) A berkontrak secara bertulis untuk menyewakan kepada B suatu dermaga, bersama dengan sejalur tanah kepunyaan A yang ditandakan di atas suatu peta. Sebelum menandatangani kontrak itu, B mencadangkan secara lisan yang dia bebas untuk menggantikan jalur yang disebutkan dalam kontrak itu dengan jalur yang lain bagi tanah A itu yang sama dimensinya, dan dalam hal ini A bersetuju secara nyata tentang perkara ini. B kemudiannya menandatangani kontrak bertulis itu, A tidak boleh mendapatkan pelaksanaan spesifik kontrak bertulis itu kecuali dengan pengubahan yang dibuat oleh B.

(c) A berkontrak secara bertulis untuk menyewakan sebuah rumah kepada B, bagi tempoh yang tertentu, pada kadar sewa sebanyak RM100 sebulan, dengan dibaiki terlebih dahulu rumah itu supaya berada dalam keadaan yang masih boleh disewakan. Rumah itu didapati tidak berfaedah untuk dibaiki, oleh itu dengan persetujuan B, A merobohkan rumah itu dan mendirikan sebuah rumah baru di atas tempat itu. B berkontrak secara lisan untuk membayar sewa sebanyak RM120 sebulan. B kemudiannya membawa guaman untuk menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak bertulis itu. Dia tidak boleh menguatkuasakannya kecuali dengan pengubahan yang dibuat melalui kontrak lisan yang berikutnya itu.

Terhadap siapa Kontrak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik 

Relief terhadap pihak dan orang yang menuntut di bawahnya dengan hak milik berikutnya 
26. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Bab ini, pelaksanaan spesifik kontrak boleh dikuatkuasakan terhadap—
(a) salah satu pihak kepada kontrak;
(b) mana-mana orang lain yang menuntut di bawah suatu pihak kepada kontrak itu melalui suatu hak milik yang timbul selepas kontrak itu, kecuali penerima pindah hak milik bagi nilaian yang telah membayar wangnya dengan suci hati dan tanpa notis tentang kontrak asal itu;

MISALAN 

(a) A berkontrak untuk memindahhakkan tanah tertentu kepada B pada suatu hari tertentu. A mati tidak berwasiat sebelum hari itu tanpa memindahhakkan tanah itu. B boleh memaksa waris A atau wakil lain yang berkepentingan untuk melaksanakan kontrak itu secara spesifik.

(b) A berkontrak, sebagai balasan sebanyak RM1,000, untuk membekueskan tanahnya yang tertentu kepada B. Sebaik selepas kontrak itu, A mati tidak berwasiat, dan C mengambil pentadbiran harta pusaka A. B boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak itu terhadap C.

(c) A berkontrak untuk menjual tanah tertentu kepada B. Sebelum kontrak itu selesai, A mendapat sakit otak, dan C dilantik menjadi jawatankuasanya. B boleh menguatkuasakan secara spesifik kontrak itu terhadap C. 

(c) mana-mana orang yang menuntut di bawah suatu hak milik yang, walaupun sebelum kontrak itu dan diketahui oleh plaintif, mungkin telah digantikan oleh defendan;

(d) apabila sesuatu syarikat awam telah membuat suatu kontrak dan kemudiannya telah disatukan dengan syarikat awam lain, syarikat baru yang muncul daripada penyatuan itu; dan

(e) apabila penaja sesuatu syarikat awam telah, sebelum pemerbadanannya membuat suatu kontrak, syarikat itu: Dengan syarat bahawa syarikat itu telah meratifikasi dan menerima pakai kontrak itu dan kontrak itu dibenarkan oleh terma pemerbadanan itu.

Terhadap siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik 

Pihak yang tidak boleh dipaksa untuk melaksanakan kontrak 
27. Pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak tidak boleh dikuatkuasakan terhadap sesuatu pihak kepada kontrak dalam mana-mana kes yang berikut:
(a) jika balasan yang akan diterima oleh pihak itu terlalu tidak mencukupi, dengan merujuk kepada keadaan barang yang ada pada tarikh kontrak itu, sama ada dengan sendirinya atau bersama dengan hal keadaan yang lain menjadi keterangan mengenai fraud atau faedah tidak wajar yang diambil oleh plaintif;
(b) jika persetujuannya diperoleh secara salah nyata (sama ada sengaja atau ikhlas), penyembunyian, pemintasan atau amalan tidak adil, mana-mana pihak yang kepadanya pelaksanaan telah kena dibuat di bawah kontrak itu, atau dengan apa-apa janji pihak itu yang belum ditunaikan secara substansial; atau
(c) jika persetujuannya diberi di bawah pengaruh silap fakta, salah faham, atau secara mengejut:

MISALAN 

(a) A, seorang daripada dua orang wasi, yang dengan salah mempercayai bahawa dia mendapat kuasa wasi bersamanya, membuat suatu perjanjian bagi penjualan harta pewasiatnya kepada B. B tidak boleh mendesak supaya penjualan itu disempurnakan.

(b) A mengarahkan seorang pelelong untuk menjual tanah tertentu. A kemudiannya membatalkan kuasa pelelong itu berkenaan dengan 20 ekar daripada tanah ini tetapi pelelong itu dengan tidak sengaja menjual keseluruhan tanah itu kepada B, yang tidak mengetahui mengenai pembatalan itu. B tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik perjanjian itu.
 
   Dengan syarat bahawa, apabila kontrak itu memperuntukkan pampasan dalam hal kesilapan, pampasan boleh dibuat bagi sesuatu kesilapan dalam skop peruntukan itu, dan kontrak itu dikuatkuasakan secara spesifik dalam keadaan lain jika wajar dikuatkuasakan sedemikian.

Kesan Menolak sesuatu guaman bagi Pelaksanaan Spesifik 

Halangan guaman bagi kemungkiran selepas penolakan 
28. Penolakan sesuatu guaman bagi pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak atau sebahagian daripadanya, akan menghalang hak plaintif untuk membawa guaman bagi mendapatkan pampasan bagi kemungkiran kontrak itu atau bahagiannya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Award dan Arahan untuk Menyempurnakan Penyelesaian 

Pemakaian seksyen yang terdahulu bagi award dan arahan berwasiat untuk menyempurnakan penyelesaian 
29. Peruntukan Bab ini mengenai kontrak hendaklah mutatis mutandis, terpakai bagi award dan arahan dalam sesuatu wasiat atau kodisil untuk menyempurnakan sesuatu penyelesaian yang tertentu.

BAB III 

PEMBETULAN SURAT CARA 

Bila surat cara boleh dibetulkan 
30. Apabila, disebabkan fraud atau kesilapan bersama pihak, sesuatu kontrak atau surat cara bertulis yang lain tidak menyatakan dengan sebenar niat mereka, salah satu pihak, atau wakilnya yang berkepentingan, boleh memulakan suatu guaman supaya surat cara itu dibetulkan: dan jika mahkamah mendapati bahawa ia dibuktikan dengan jelas terdapat fraud atau kesilapan dalam merangka surat cara itu, dan menentukan niat sebenar pihak itu semasa menyempurnakan surat cara itu, mahkamah boleh atas budi bicaranya membetulkan surat cara itu untuk menyatakan niat itu, setakat yang pembetulan boleh dilakukan tanpa menjejaskan hak yang diperoleh oleh orang ketiga dengan suci hati dan bagi nilai.

MISALAN 

(a) A, yang bercadang untuk menjual rumahnya dan satu daripada tiga buah gudang berhampiran dengan rumahnya kepada B, menyempurnakan suatu pemindahhakan yang disediakan oleh B, yang di dalamnya, melalui fraud oleh B, kesemua tiga gudang telah dimasukkan. Daripada dua gudang yang telah dimasukkan secara fraud itu, B memberi satu gudang kepada C dan menyewakan yang satu gudang lagi kepada D, bagi suatu sewaan, C dan D tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai fraud itu. Pemindahhakan itu boleh dibetulkan terhadap B dan C, supaya dikeluarkan daripadanya gudang yang diberikan kepada C, tetapi ia tidak boleh dibetulkan sehingga menjejaskan pajakan D.
 
(b) Melalui suatu penyelesaian perkahwinan, A, bapa kepada B, bakal isteri, berwaad dengan C, bakal suami untuk membayar kepada C, wasinya, pentadbirnya dan menyerahhakkan semasa hayat A suatu anuiti sebanyak RM5,000. C mati secara tidak solven dan pegawai pemegang harta menuntut anuiti itu daripada A. Mahkamah, apabila mendapati dengan bukti yang jelas bahawa pihak itu sentiasa berniat bahawa anuiti ini patut dibayar sebagai suatu keperluan untuk B dan anak-anaknya, boleh membetulkan penyelesaian itu dan mendekrikan bahawa pegawai penerima itu tidak mempunyai hak kepada mana-mana bahagian anuiti itu.

Anggapan tentang niat pihak 
31. Bagi maksud membetulkan sesuatu kontrak bertulis, mahkamah mesti berpuas hati bahawa semua pihak kepada kontrak itu berniat untuk membuat suatu perjanjian yang adil dan teliti.

Prinsip pembetulan 
32. Dalam membetulkan sesuatu surat cara bertulis, mahkamah boleh menyiasat apa yang ingin dimaksudkan oleh surat cara itu dan apa yang diinginkan sebagai akibat undang-undangnya, dan tidak terhad kepada siasatan tentang bahasa apa yang ingin dimaksudkan oleh surat cara itu.

Penguatkuasaan spesifik kontrak yang dibetulkan 
33. Sesuatu kontrak bertulis boleh pada mulanya dibetulkan dan kemudiannya, jika plaintif telah memohon sedemikian dalam plaintnya dan mahkamah fikirkan patut, dikuatkuasakan secara spesifik.

 MISALAN 

   A berkontrak secara bertulis untuk membayar peguam caranya, B, suatu jumlah wang yang tetap sebagai ganti kos. Kontrak itu mengandungi kesilapan mengenai nama dan hak klien itu, yang, jika ditafsirkan dengan ketat, B akan hilang semua hak di bawah kontrak itu. B adalah berhak, jika mahkamah fikirkan patut, untuk membetulkan kontrak itu, dan kepada suatu perintah bagi pembayaran jumlah wang itu, seolah-olah pada masa penyempurnaan kontrak itu ia telah menyatakan niat pihak itu.

BAB IV 

PENAMATAN KONTRAK

Bila penamatan boleh diputuskan 
34. (1) Mana-mana orang yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu kontrak bertulis boleh membawa guaman untuk menamatkannya, dan penamatan itu boleh diputuskan oleh mahkamah dalam mana-mana kes yang berikut, iaitu:
(a) jika kontrak itu boleh batal atau boleh ditamatkan oleh plaintif;
(b) jika kontrak itu menyalahi undang-undang atas sebab yang tidak jelas pada zahirnya, dan defendan dipersalahkan lebih daripada plaintif; dan
(c) jika suatu dekri untuk pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak jualan, atau kontrak untuk mengambil sesuatu pajakan, telah dibuat, dan pembeli atau penerima pajak telah ingkar membayar wang pembelian atau jumlah wang lain yang mahkamah telah memerintahkannya supaya membayar
(2) Apabila pembeli atau penerima pajak ada dalam miliknya hal perkara itu, dan mahkamah mendapati pemilikannya itu salah, mahkamah boleh juga memerintahkannya supaya membayar kepada penjual atau pemberi pajak itu sewaan dan keuntungan, jika ada, yang diterima olehnya sebagai pemilik.
   Dalam hal yang sama, mahkamah boleh, melalui perintah dalam guaman di dalamnya dekri telah dibuat dan tidak dipatuhi, menamatkan kontrak itu, sama ada setakat pihak yang ingkar, atau kesemuanya, mengikut kehendak keadilan kes itu.

Penamatan kerana kesilapan 
35. Penamatan sesuatu kontrak bertulis tidak boleh diputuskan kerana kesilapan semata-mata, melainkan jika pihak yang terhadapnya penamatan itu diputuskan boleh dikembalikan kepada kedudukan yang sama secara substansial seolah-olah kontrak itu tidak dibuat.

Permohonan alternatif bagi penamatan dalam guaman untuk pelaksanaan spesifik 
36. Seseorang plaintif yang memulakan suatu guaman bagi pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak secara bertulis boleh memohon secara alternatif bahawa, jika kontrak itu tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik, ia boleh ditamatkan dan diserahkan untuk dibatalkan; dan jika mahkamah enggan menguatkuasakan kontrak itu secara spesifik, mahkamah boleh mengarahkan supaya ia ditamatkan dan diserahkan dengan sewajarnya.

Mahkamah boleh menghendaki pihak yang menamatkan kontrak untuk melakukan ekuiti 
37. Dalam memutuskan penamatan sesuatu kontrak, mahkamah boleh menghendaki pihak yang kepadanya relief diberi untuk memberikan apa-apa pampasan kepada pihak yang satu lagi sebagaimana yang dikehendaki oleh keadilan.

BAB V 

PEMBATALAN SURAT CARA 

Bila pembatalan boleh diperintahkan 
38. (1) Mana-mana orang yang terhadapnya suatu surat cara bertulis tidak sah atau boleh batal, yang mempunyai kebimbangan munasabah bahawa surat cara itu, jika tidak diselesaikan, boleh menyebabkan kerugian yang serius kepadanya, boleh membawa guaman supaya surat cara itu diputuskan tidak sah atau boleh batal, dan mahkamah atas budi bicaranya, boleh memutuskan sedemikian dan memerintahkan supaya surat cara itu diserahkan dan dibatalkan.
(2) Jika surat cara itu telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran dokumen, mahkamah hendaklah juga menghantar satu salinan dekrinya kepada pegawai yang di pejabatnya surat cara itu telah didaftarkan; dan pegawai itu hendaklah mencatatkan di atas salinan surat cara yang terkandung di dalam bukunya fakta tentang pembatalan surat cara itu.

MISALAN 

(a) A, pemunya sebuah kapal, dengan menyatakan secara tipuan bahawa kapal itu layak layar, mendorong B seorang pengunderait untuk menginsuranskan kapal itu. B boleh mendapatkan pembatalan polisi itu.

(b) A memindahhakkan tanah kepada B yang membekueskannya kepada C dan B mati. Kemudiannya D mendapat milikan tanah itu dan mengemukakan suatu surat cara palsu yang menyatakan bahawa pemindahhakan itu telah dibuat kepada B sebagai amanah untuknya. C boleh mendapatkan pembatalan surat cara palsu itu.

(c) A bersetuju untuk menjual dan menghantarserahkan sebuah kapal kepada B, yang hendaklah dibayar oleh B apabila menerima empat bil pertukaran, yang berjumlah sebanyak RM30,000 untuk dikeluarkan oleh A ke atas B. Bil itu dikeluarkan dan diterima, tetapi kapal itu tidak dihantarserahkan menurut perjanjian itu. A mendakwa B atas salah satu daripada bil itu. B boleh mendapatkan pembatalan kesemua bil itu.

Surat cara yang boleh dibatalkan sebahagiannya 
39. Jika sesuatu surat cara itu adalah keterangan mengenai hak dan obligasi yang berlainan, mahkamah boleh dalam hal yang wajar, membatalkan sebahagiannya dan membenarkan yang bakinya untuk terus wujud.

MISALAN 

A mengeluarkan suatu bil ke atas B, yang mengendorskannya kepada C, yang nampaknya mengendorskannya kepada D, yang mengendorskannya kepada E. Pengendorsan C adalah palsu. C berhak untuk membatalkan pengendorsan itu, membiarkan bil itu untuk terus wujud dalam hal lain.

Kuasa untuk menghendaki pihak yang baginya surat cara dibatalkan supaya memberi pampasan
40. Dalam memutuskan pembatalan sesuatu surat cara, mahkamah boleh menghendaki pihak yang kepadanya relief diberi supaya memberi apa-apa pampasan kepada pihak yang satu lagi sebagaimana yang dikehendaki oleh keadilan.

BAB VI 

DEKRI PERISYTIHARAN 

Budi bicara mahkamah tentang perisytiharan status atau hak 
41. Mana-mana orang yang berhak kepada apa-apa sifat di sisi undang-undang, atau kepada apa-apa hak terhadap mana-mana harta, boleh memulakan suatu guaman terhadap mana-mana orang yang menafikan, atau berkepentingan untuk menafikan, hak miliknya terhadap sifat atau hak itu, dan mahkamah atas budi bicaranya boleh membuat di dalamnya suatu perisytiharan bahawa dia berhak sedemikian, dan plaintif tidak perlu dalam guaman itu meminta apa-apa relief selanjutnya:
   Dengan syarat bahawa mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perisytiharan sedemikian jika plaintif, yang boleh meminta relief selanjutnya selain perisytiharan atau hak milik semata-mata, telah tidak berbuat demikian.
 
   Huraian—Seorang pemegang amanah harta ialah “orang yang berkepentingan untuk menafikan” suatu hak milik yang bertentangan dengan hak milik seseorang yang tidak wujud, dan yang baginya, jika ia wujud, orang itu akan menjadi seorang pemegang amanah.

(a) A, membekueskan hartanya kepada B, C dan D, “untuk dibahagikan sama rata di kalangan semua dan setiap seorang daripada mereka, jika masih hidup pada masa kematian saya, kemudiannya di kalangan anak-anak mereka yang yang masih hidup.” Tiada anak-anak tersebut yang wujud. Dalam suatu guaman terhadap wasi A, mahkamah boleh mengisytiharkan sama ada B, C dan D mengambil harta itu secara mutlak, atau hanya untuk seumur hidup mereka sahaja, dan mahkamah juga boleh mengisytiharkan kepentingan anakanak itu sebelum hak mereka diletakhakkan.

(b) A berwaad bahawa, jika pada bila-bila masa berhak kepada harta yang melebihi RM100,000, dia akan memperuntukkan harta itu dalam amanah tertentu. Sebelum mana-mana harta tersebut terakru, atau mana-mana orang yang berhak kepada amanah itu ditentukan, dia memulakan suatu guaman untuk mendapatkan suatu perisytiharan bahawa waad itu tidak sah kerana ketidaktentuan. Mahkamah boleh membuat perisytiharan itu.

(c) A ada dalam milikannya harta tertentu. B, yang mengatakan bahawa ialah pemunya harta itu, menghendaki A supaya menghantarserahkan harta itu kepada B. A boleh mendapatkan suatu perisytiharan mengenai hak A untuk memegang harta itu.

(d) A membekueskan harta kepada B bagi seumur hidupnya, dengan yang selebihnya kepada isteri B dan anak-anak isteri B, jika ada, tetapi jika B mati tanpa isteri atau anak-anak harta diberikan kepada C, B mempunyai seorang yang dianggap sebagai isteri, D, dan anak-anak, tetapi C menafikan bahawa B dan D pernah berkahwin dengan sah; D dan anak-anaknya boleh, semasa hidup B, memulakan suatu guaman terhadap C dan mendapatkan suatu perisytiharan bahawa mereka ialah isteri dan anak-anak B yang sebenarnya.

Kesan perisytiharan 
42. Suatu perisytiharan yang dibuat di bawah Bab ini hanya mengikat pihak dalam guaman, orang yang menuntut melalui mereka masing-masingnya, dan, jika mana-mana pihak itu pemegang amanah, orang yang baginya, jika wujud pada tarikh perisytiharan itu, pihak itu akan menjadi pemegang amanah.

BAB VII 

PELANTIKAN PENERIMA 

Pelantikan Penerima adalah atas budi bicara 
43. Pelantikan seseorang Penerima sementara menanti selesainya sesuatu guaman adalah suatu perkara yang terletak pada budi bicara mahkamah. Cara dan kesan pelantikannya, dan hak, kuasa, tugas dan liabilitinya, adalah dikawal selia oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil.

BAB VIII

PENGUATKUASAAN TUGAS AWAM

Kuasa untuk memerintahkan pekhidmat awam dan lain-lain untuk melakukan perbuatan spesifik yang tertentu
44. (1) Seseorang Hakim boleh membuat suatu perintah yang menghendaki mana-mana perbuatan spesifik dilakukan atau tidak dilakukan, oleh mana-mana orang yang memegang jawatan awam, sama ada yang bersifat kekal atau sementara, atau oleh mana-mana perbadanan atau mana-mana mahkamah yang lebih rendah daripada Mahkamah Tinggi:
Dengan syarat bahawa—
(a) sesuatu permohonan bagi perintah sedemikian dibuat oleh seseorang yang harta, francais, atau hak dirinya akan rosak jika perbuatan spesifik tersebut tidak dilakukan atau dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(b) melakukan atau tidak melakukan perbuatan itu di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, dengan jelas terletak pada orang atau mahkamah itu atas sifatnya atau sifat awamnya atau pada perbadanan itu atas sifat perbadanannya;
(c) pada pendapat Hakim itu melakukan atau tidak melakukan perbuatan itu adalah selaras dengan hak dan keadilan;
(d) pemohon tidak mempunyai remedi undang-undang lain yang spesifik dan mencukupi; dan
(e) remedi yang diberi oleh perintah yang dipohonkan akan mencukupi.
(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan seseorang Hakim
(a) untuk membuat apa-apa perintah yang mengikat Yang di-Pertuan Agong;
(b) untuk membuat apa-apa perintah ke atas mana-mana pekhidmat mana-mana Kerajaan di Malaysia, oleh yang demikian semata-mata untuk menguatkuasakan penyelesaian sesuatu tuntutan terhadap Kerajaan itu; atau
(c) untuk membuat apa-apa perintah yang dikecualikan dengan nyata selainnya oleh mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Bagaimana permohonan dibuat dan tatacara 
45. Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen 44 mesti berasaskan suatu afidavit orang tercedera, yang menyatakan haknya dalam perkara yang dipersoalkan, tuntutannya mengenai keadilan, dan penafian mengenainya; dan seseorang Hakim boleh, atas budi bicaranya, pertama-tama menjadikan perintah yang dipohon itu sebagai mutlak, atau menolaknya, atau memberikan suatu kaedah supaya ditunjukkan sebab mengapa perintah yang dipohon itu tidak patut dibuat. Jika, dalam kes yang terakhir itu, orang itu, mahkamah atau perbadanan yang diadukan itu tidak menunjukkan sebab yang mencukupi, Hakim itu boleh mulanya membuat suatu perintah secara alternatif, sama ada supaya dilakukan atau tidak dilakukan perbuatan yang disebut dalam perintah itu, atau supaya menyatakan beberapa sebab sebaliknya dan memberikan jawapan kepadanya pada mana-mana hari sebagaimana yang ditetapkan oleh Hakim bagi maksud ini.

Perintah muktamad 
46. Jika orang, mahkamah atau perbadanan yang kepadanya perintah itu diarahkan tidak memberikan jawapan, atau memberikan jawapan yang tidak mencukupi atau jawapan palsu, Hakim boleh mengeluarkan suatu perintah muktamad supaya dilakukan atau tidak dilakukan perbuatan itu sama sekali.

Pelaksanaan dan rayuan terhadap perintah 
47. Tiap-tiap perintah di bawah Bab ini hendaklah dilaksanakan dan boleh dirayu terhadapnya, seolah-olah perintah suatu dekri yang dibuat dalam penjalanan bidang kuasa biasa Mahkamah Tinggi.

Kos 
48. Kos bagi semua permohonan dan perintah di bawah Bab ini hendaklah terletak atas budi bicara Hakim.

Halangan untuk mengeluarkan mandamus 
49. Tiada Mahkamah Tinggi atau mana-mana mahkamah lain di Malaysia, boleh kemudian daripada ini, mengeluarkan apa-apa writ mandamus.

BAHAGIAN III 

RELIEF PENCEGAHAN 

BAB IX 

MENGENAI INJUNKSI SECARA AM 

Bagaimana relief pencegahan diberi 
50. Relief pencegahan diberi atas budi bicara Mahkamah melalui injunksi, sementara atau berkekalan.

Injunksi sementara dan berkekalan
51. (1) Injunksi sementara adalah yang berterusan sehingga suatu masa yang ditetapkan, atau sehingga perintah selanjutnya oleh mahkamah. Injunksi sementara boleh diberi pada mana-mana tempoh sesuatu guaman, dan dikawal selia oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil.
(2) Injunksi berkekalan hanya boleh diberi melalui dekri yang dibuat pada masa perbicaraan dan atas merit guaman itu; dengan itu defendan dihalang secara berkekalan daripada menuntut sesuatu hak atau daripada melakukan sesuatu perbuatan, yang akan bertentangan dengan hak plaintif.

BAB X 

MENGENAI INJUNKSI BERKEKALAN 

Bila injunksi berkekalan diberi 
52. (1) Tertakluk kepada peruntukan lain yang terkandung dalam, atau disebut oleh Bab ini, suatu injunksi berkekalan boleh diberi untuk mencegah kemungkiran sesuatu obligasi yang ada yang memihak kepada pemohon, sama ada secara nyata atau secara implikasi.
(2) Apabila sesuatu obligasi sedemikian timbul daripada kontrak, mahkamah hendaklah berpandukan kepada kaedah-kaedah dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Bab II.
(3) Apabila defendan melanggar atau mengancam untuk melanggar hak plaintif terhadap, atau untuk menikmati harta, mahkamah boleh memberikan suatu injunksi berkekalan dalam kes yang berikut, iaitu:
(a) jika defendan ialah pemegang amanah harta bagi plaintif;
(b) jika tidak ada standard bagi menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan atau mungkin disebabkan oleh pelanggaran itu;
(c) jika pelanggaran itu dalam keadaan bahawa pampasan kewangan tidak akan dapat memberi relief yang mencukupi;
(d) jika pampasan kewangan barangkali tidak boleh didapati bagi pelanggaran itu; dan
(e) jika injunksi itu adalah perlu untuk mencegah berbilangnya prosiding kehakiman.

Huraian—Bagi maksud seksyen ini suatu tanda niaga adalah harta.

MISALAN 

(a) A, menyewakan tanah tertentu kepada B, dan B berkontrak tidak akan menggali pasir atau batu kelikir dari tanah itu. A boleh mendakwa bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang B daripada menggali dengan melanggar kontraknya.

(b) Seorang pemegang amanah mengancam hendak pecah amanah. Pemegang amanah bersamanya, jika ada, hendaklah, dan pemunya benefisial boleh membawa guaman untuk mendapatkan suatu injunksi bagi mencegah pecah amanah itu.

(c) Pengarah suatu syarikat awam bercadang hendak membayar dividen daripada modal atau wang pinjaman. Mana-mana pemegang syer boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang mereka.

(d) Pengarah syarikat insurans kebakaran dan nyawa bercadang hendak melibatkan diri dalam insurans laut. Mana-mana pemegang syer boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang mereka.

(e) A, seorang wasi, melalui salah laku atau ketidaksolvenan, membawa harta si mati dalam bahaya. Mahkamah boleh memberikan injunksi untuk menghalangnya daripada mengumpulkan aset itu.

(f) A, pemegang amanah bagi B, bercadang membuat suatu penjualan yang kurang bijak atas sebahagian kecil harta amanah itu. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang penjualan itu, walaupun pampasan dalam bentuk wang akan dapat memberi B relief yang mencukupi.

(g) A membuat suatu penyelesaian (tidak berasaskan perkahwinan atau balasan berharga yang lain) mengenai suatu estet ke atas B dan anak-anaknya. A kemudiannya berkontrak untuk menjual estet itu kepada C. B atau manamana anaknya boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang penjualan itu.

(h) Dalam penjalanan pekerjaan A sebagai seorang peguam cara, beberapa dokumen kepunyaan kliennya, B, berada dalam miliknya. A mengancam untuk mendedahkan dokumen ini kepada awam, atau untuk menyampaikan kandungan dokumen itu kepada orang yang tidak dikenali. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada berbuat demikian.

(i) A adalah penasihat perubatan B. Dia menuntut wang daripada B yang B enggan untuk membayar. A kemudian mengancam untuk memberitahu kesan komunikasi B dengannya sebagai seorang pesakit. Ini bertentangan dengan kewajipan A, dan B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada berbuat demikian.

(j) A, pemunya dua buah rumah yang terletak bersebelahan, menyewakan satu kepada B dan selepas itu menyewakan yang satu lagi itu kepada C. A dan C mula membuat pengubahan dalam rumah yang disewakan kepada C yang akan menghalang nikmat keselesaan rumah yang disewakan kepada B. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang mereka daripada berbuat demikian.

(k) A menyewakan beberapa tanah suai tani kepada B bagi maksud pertanian, tetapi tanpa apa-apa kontrak nyata mengenai cara penanaman. Bertentangan dengan cara penanaman adat dalam daerah itu, B mengancam untuk menyemai tanah itu dengan benih yang boleh merosakkan tanah itu dan yang memerlukan beberapa tahun untuk memusnahkannya. A boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang B daripada menyemai tanah itu dengan melanggar kontrak tersiratnya untuk menggunakannya mengikut cara corak pertanian.

(l) A, B dan C adalah pekongsi, yang perkongsian itu boleh ditamatkan atas kehendak mereka sendiri. A mengancam untuk melakukan perbuatan yang bercenderungan untuk memusnahkan harta perkongsian itu. B dan C, tanpa meminta pembubaran perkongsian itu, boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada melakukan perbuatan itu.

(m) A, pemunya beberapa buah rumah di Klang, menjadi tidak solven. B membeli rumah itu daripada Pegawai Pemegang Harta bagi estet A dan mendapat milikan. A berterusan menceroboh dan merosakkan rumah itu, dan oleh sebab itu B terpaksa, dengan perbelanjaan yang banyak, mengambil kerja beberapa orang untuk melindungi pemilikan itu. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang perbuatan pencerobohan yang selanjutnya.

(n) A, dalam suatu guaman pentadbiran yang mengenainya seorang pemiutang, B, bukan suatu pihak, mendapat suatu dekri untuk mentadbir aset C, B meneruskan tindakan terhadap estet C bagi mendapatkan hutangnya. A boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang B.

(o) A dan B mempunyai milikan ke atas tanah yang bersebelahan dan lombong di bawahnya. A mengerjakan lombongnya sehingga ke bawah lombong B dan mengancam untuk memindahkan beberapa tiang yang menopang lombong B. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada berbuat demikian.

(p) A membunyikan loceng atau membuat beberapa bunyi bising lain yang tidak perlu, terlalu dekat dengan sebuah rumah sehingga mengganggu secara material dan dengan tidak munasabah keselesaan fizikal penghuninya iaitu B. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada membuat bunyi bising itu.

(q) A mencemarkan udara dengan asap mengganggu pada materialnya keselesaan fizikal B dan C yang menjalankan perniagaan di sebuah rumah yang berdekatan. B dan C boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang pencemaran itu.

(r) A melanggar paten B. Jika mahkamah berpuas hati bahawa paten itu adalah sah dan telah dilanggar, B boleh mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang pelanggaran itu.

(s) A mencetak rompak hakcipta B. B boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang cetak rompak itu melainkan jika kerja yang hak ciptanya dituntut itu adalah berunsur fitnah atau lucah.

(t) A menggunakan secara tidak wajar tanda niaga B. B boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang pengguna itu, dengan syarat bahawa penggunaan tanda niaga itu oleh B adalah jujur.

(u) A, seorang pekedai mengemukakan B sebagai pekongsinya bertentangan dengan kehendak dan tanpa kebenaran B. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada berbuat demikian.

(v) A, seorang yang terkemuka, menulis surat mengenai topik kekeluargaan kepada B. Selepas kematian A dan B, C yang merupakan penerima legasi bakian kepada B, bercadang untuk mendapatkan wang dengan menyiarkan surat A. D, yang menjadi wasi A, mempunyai harta dalam surat itu, dan boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang C daripada menyiarkan surat itu.

(w) A menjalankan suatu kilang dan B adalah pembantunya. Dalam penjalanan perniagaannya, A menyampaikan kepada B suatu proses rahsia yang bernilai. B selepas itu meminta wang A dan mengancam, jika dia enggan, B akan mendedahkan proses itu kepada C seorang pengilang saingannya. A boleh mendakwa bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang B daripada mendedahkan proses itu.

Injunksi mandatori 
53. Apabila, demi untuk mencegah pelanggaran sesuatu obligasi, adalah perlu untuk memaksa pelaksanaan perbuatan tertentu yang mahkamah boleh menguatkuasakannya, mahkamah boleh atas budi bicaranya memberikan injunksi untuk mencegah pelanggaran yang diadukan itu, dan juga untuk memaksa pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu.

MISALAN

(a) A, dengan bangunan baru, menghalang cahaya daripada masuk dan digunakan oleh B yang mengenainya B telah memperoleh hak melalui preskripsi. B boleh mendapatkan injunksi, bukan sahaja untuk menghalang A daripada meneruskan dengan bangunan itu, tetapi juga untuk merobohkan sekian banyak daripada bangunan itu yang menghalang cahaya B.

(b) A membina sebuah rumah dengan cucur atap mengunjur ke atas tanah B. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk merobohkan sekian banyak cucur atap yang mengunjur ke atas tanahnya itu.

(c) Dalam hal seperti dalam misalan (i) kepada seksyen 52, mahkamah boleh juga memerintahkan supaya semua komunikasi bertulis yang dibuat oleh B, sebagai pesakit, kepada A, sebagai penasihat perubatan, dimusnahkan.

(d) Dalam hal seperti dalam misalan (v) kepada seksyen 52, mahkamah boleh juga memerintahkan supaya surat A dimusnahkan.

(e) A mengancam untuk menyiarkan pernyataan mengenai B yang boleh dihukum di bawah Bab XXI Kanun Keseksaan [Akta 574]. Mahkamah boleh memberikan suatu injunksi untuk menghalang penyiaran itu, walaupun ia kelihatan tidak akan memudaratkan harta B.

(f) A, sebagai penasihat perubatan B, mengancam untuk menyiarkan komunikasi bertulis B dengannya, yang menunjukkan bahawa B telah melalui suatu kehidupan yang tidak bermoral. B boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang penyiaran itu.

(g) Dalam hal seperti dalam misalan (s) dan (t) kepada seksyen 52, dan misalan (e) dan (f) kepada seksyen ini, mahkamah boleh juga memerintahkan supaya salinan yang dikemukakan melalui cetak rompak, dan tanda niaga, pernyataan serta komunikasi, yang masing-masing disebut di dalamnya itu, diberi balik atau dimusnahkan.

Bila injunksi ditolak 
54. Injunksi tidak boleh diberi—
(a) untuk menggantung sesuatu prosiding kehakiman yang belum selesai pada permulaan guaman di mana injunksi itu diminta, melainkan jika halangan sedemikian adalah perlu untuk mencegah prosiding yang berbilang;
(b) untuk menggantung prosiding dalam sesuatu mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah yang daripadanya injunksi itu diminta;
(c) untuk menghalang orang daripada memohon kepada manamana badan perundangan;
(d) untuk mengganggu tugas awam mana-mana jabatan bagi mana-mana Kerajaan di Malaysia, atau perbuatan berdaulat sesebuah Kerajaan asing;
(e) untuk menggantung prosiding dalam mana-mana perkara jenayah;
(f) untuk mencegah kemungkiran sesuatu kontrak yang pelaksanaannya tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik;
(g) untuk mencegah atas alasan kacau ganggu, suatu perbuatan yang adalah tidak semunasabahnya jelas bahawa ia akan menjadi suatu kacau ganggu;
(h) untuk mencegah sesuatu kemungkiran berterusan yang mengenainya pemohon telah akur;
(i) apabila relief yang sama baiknya sudah pasti boleh didapati melalui mana-mana cara prosiding biasa yang lain, kecuali dalam kes pecah amanah;
(j) apabila kelakuan pemohon atau ejennya adalah sedemikian yang tidak menghakkannya mendapat pertolongan mahkamah; atau
(k) jika pemohon tidak mempunyai kepentingan diri dalam perkara itu.

MISALAN 

(a) A meminta injunksi untuk menghalang pekongsinya, B, daripada menerima hutang perkongsian dan harta benda. Adalah didapati bahawa A telah dengan sendirinya memiliki dengan tidak sepatutnya buku firma itu dan enggan membenarkan B akses kepada buku itu. Mahkamah akan menolak injunksi itu.

(b) A mengeluarkan dan menjual mangkuk pijar, menamakannya sebagai “paten mangkuk pijar plumbago” walaupun, pada hakikatnya, ia tidak pernah dipatenkan. B mencetak rompak nama itu. A tidak boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang cetak rompak itu.

(c) A menjual suatu barang bernama “Mexican Balm” yang menyatakan bahawa ia dicampur dengan berbagai pati yang luar biasa, dan mempunyai kualiti ubat yang mujarab. B mula menjual barang yang sama yang kepadanya dia memberikan suatu nama dan perihalan supaya mendorong orang untuk mempercayai bahawa mereka membeli “Mexican Balm” kepunyaan A. A membawa guaman terhadap B bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang penjualan itu. B menunjukkan bahawa “Mexican Balm” kepunyaan A tidak mengandungi apa-apa selain daripada berbau lemak babi. Penggunaan A akan perihalannya adalah tidak jujur dan dia tidak boleh mendapat injunksi.

Injunksi untuk melaksanakan perjanjian negatif 
55. Walau apa pun perenggan 54(f), jika sesuatu kontrak mengandungi suatu perjanjian yang membenarkan untuk melakukan perbuatan tertentu, bersama dengan suatu perjanjian negatif, nyata atau tersirat, untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan tertentu, hal keadaan bahawa mahkamah tidak berupaya untuk memaksa pelaksanaan spesifik perjanjian yang membenarkan itu tidak akan menghalang mahkamah memberikan injunksi untuk melaksanakan perjanjian negatif itu:
   Dengan syarat bahawa pemohon telah melaksanakan kontrak itu setakat yang ia mengikat dirinya.
(a) A berkontrak untuk menjual kepada B dengan harga RM1,000 nama baik perniagaan tertentu yang tidak berkaitan dengan premis perniagaan, dan selanjutnya bersetuju tidak akan menjalankan perniagaan itu di Klang. B membayar sebanyak RM1,000 kepada A tetapi A menjalankan perniagaan itu di Klang. Mahkamah tidak boleh memaksa A untuk menghantar pelanggannya kepada B, tetapi B boleh mendapatkan injunksi menghalang A daripada menjalankan perniagaan di Klang.
(b) A berkontrak untuk menjual nama baik suatu perniagaan kepada B. A kemudiannya membuka suatu perniagaan yang serupa itu berdekatan dengan kedai B dan memujuk pelanggan lamanya untuk berurusan dengannya. Ini adalah bertentangan dengan kontrak tersiratnya, dan B boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada memujuk pelanggan itu, dan daripada melakukan apa-apa perbuatan yang nama baiknya mungkin ditarik balik daripada B.
(c) A berkontrak dengan B untuk menyanyi selama dua belas bulan di teater B dan tidak akan menyanyi di tempat awam yang lain. B tidak boleh mendapatkan pelaksanaan spesifik kontrak untuk menyanyi itu, tetapi dia berhak kepada injunksi yang menghalang A daripada menyanyi di manamana tempat hiburan awam yang lain.
(d) B berkontrak dengan A bahawa dia akan berkhidmat dengannya dengan taat selama dua belas bulan sebagai seorang kerani. A tidak berhak kepada suatu dekri pelaksanaan spesifik kontrak ini. Tetapi dia adalah berhak kepada injunksi yang menghalang B daripada berkhidmat dengan rumah saingannya sebagai kerani.
(e) A berkontrak dengan B bahawa sebagai balasan sebanyak RM1,000 yang kena dibayar kepadanya oleh B pada hari yang ditetapkan, A tidak akan menubuhkan perniagaan tertentu dalam suatu jarak yang ditetapkan. B gagal membayar wang itu. A tidak boleh dihalang daripada menjalankan perniagaan dalam jarak yang ditetapkan itu

No comments:

Post a Comment